ntahlah…appreciate the person who love u….

Duhai isteriku….
Abang ingin kahwin lagi..
bukan dirimu telah ku benci..
cuma hadirnya tanpa ku sedari..
dia rakan abang di tempat kerja..
selalu sangat abang bersama..
dah tugas bukan sengaja..
abang takut syaitan menggoda..

memang abang akui dia cantik..
lenggok jalannya buat hati berdetik..
dia juga dari golongan baik-baik..
beradab bersopan juga cerdik..
dia tak pernah cuba menggoda..
cuma abang nie perasan saje..
bila bekerja berbincang bersama..
ntah kepala nie dah melayang ke mana..
mungkin dia tak rasa apa-apa..

bukan sayang sudah abang jemu..
sayang masih lagi cantik seperti dulu..
namun bukan cantik sayang yang abang perlu..
layanan sayang itu yang buat tak jemu..
cuma di office sayang tak ada..
boring dan jemu datanglah juga..
tak ada sapa nak ajak berbicara..
itu sebab abang call hampir setiap masa..
nak menunggu sampai dirumah tak terdaya..
dirumah sibuk nak uruskan anak pula..

abang akui lengkap sudah dirimu..
cuma abangkan berhak kawin dua..
bahkan empat pun tak apa..
sebab itu ketentuan yang Esa..
DIA tahu lelaki tak boleh dipercaya..
lelaki memang sukar mengawal gelora..
itu dikurniakan akal sembilan..
buat melawan nafsu godaan..
namun kuatnya nafsu berpangkat sarjan..
sembilan tentera terlalu mudah dikalahkan..
lain perempuan nafsunya sembilan..
tapi itu nafsunya pangkat bawahan..
akalnya pula berpangkat sarjan..

Duhai isteriku…
maafkan abang mencari selainmu..
ini demi menghalang maksiat berlaku..
sebelum terlanjur godaan nafsu..
kan lebih baik dihalalkan dulu..
abang berjanji seadil yang mampu..

“Pah butang baju abang mana Pah….”
Keluhan seorang isteri…

Duhai suamiku dunia dan akhirat
Kufahami bahawa kau memang berniat
Menambah cawangan di satu lagi tempat

Abang,
Bukannya niatku untuk menegah
Suara hati isterimu ini dengarkanlah
Kerana tiada guna kita berbalah
Sampai bila-bila pun tak akan sudah-sudah

Memang di officemu diriku tiada
Bukankah abang juga yang menegah bekerja
Katamu jadilah surirumah sepenuh masa
Agar anak-anak menjadi manusia berguna
Kuturuti katamu walaupun aku berijazah juga
Inikah pula yang patut kuterima?

Abang,
Memang abang berhak berkahwin dua ataupun tiga
Tetapi mampukah abang untuk mengeluarkan belanja
Mampukah abang menanggung semuanya
Bukan sahaja dari segi material saja
Malah merangkumi aspek segala
Kubimbang nanti akhira disana
Abang melangkah senget sebelah bahunya
Sedang aku dapat melihat cuma…

Abang,
Kurelakan abang berkahwin lagi
Sekiranya layananku padamu tidak memuaskan hati
Tetapi seperti katamu aku lengkap segala segi
Apa sebenarnya yang kau cari???

Abang,
Semenjak akad telah dilafazkan
Telah kuserahkan jiwa dan perasaan
Ibubapaku juga melepaskanku dengan pesanan
Hidupku jangan disia-siakan
Janjimu kini hanya tinggal kenangan

Abang,
Memang nafsu itu satu godaan
Sebenarnya tiada beza tentera ataupun sarjan
Hanya tekad dan akal yang mesti digunakan
Begitulah Islam menyarankan
Sekiranya tidak, tiadalah beza antara manusia dan haiwan ataupun
syaitan…

Abang,
Sanggupkah kau memikirkan apa yang kufikirkan?
Sanggupkah kau berkongsi pelukan?
Sanggupkah kau berkongsi belaian?

Akhir sekali,
Apa yang ingin kutegaskan di sini
Mulai daripada tika dan saat ini
Aku akan berhenti menjadi
Seorang isteri yang baik hati
Kerana nampaknya kau tidak reti-reti untuk menghargai
Sekarang buatlah apa yang kau ingini
Aku sudah tidak peduli
Daripada ku menghambakan diri
Lebih baik aku pun mula mencari pengganti
Butang baju? Sorry, cari sendiri!!

Bye banggggg

RAHSIA MENGENALI PASANGAN MELALUI TARIKH LAHIR

Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir  tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai  orang yang  tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap  serius  terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan,  dia  sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan  pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan  persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci  jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar  dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang  mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan  yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah  untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata  keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang  tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat  dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan  faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar,  mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita  tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang  menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang  menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia  disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang  yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga  dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang &  jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi  masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan  suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan  seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu  dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat.  Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai  cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia  berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya  dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering  membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan  sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat  kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam  pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah  untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan  seniman asmara.

 

Rahsia Menambat Hati Lelaki

Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?

Terima lelaki agar dia menerima anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain ” Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

Fahamilah lelaki agar dia memahami anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

Berubah untuk menikmati perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

Sanggup memberi untuk menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

Percaya untuk dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Menangkan lelaki untuk menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.

Sifat negatif akan membuah kesan negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.

Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab

Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.

Kritikan akan membuahkan kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.

Beri kepada lelaki apa yang dia mahu

Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

Tunjuk minat tulin terhadap lelaki

Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.

Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.

Panggillah lelaki dengan panggilan manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita. 

Hormati dia sebagai lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat. 

Dunia Lelaki Yang  Berbeza Dari Wanita

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki

Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran

Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya. 

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan

Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik

Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. 

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat. 

Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.

Lelaki juga mahukan sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…”

Lelaki dan ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja. 

Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Janinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki. 

Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan. Tetapi jika tanpa emosi seks boleh dilakukan juga oleh lelaki.

Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samaada sebelum atau selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki.

Lelaki suka menyelerak

Lelaki bersifat suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya. Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tak langsung dengan menyelerak.

Lelaki diumpan menerusi matanya

Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya. 

Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa

Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.

Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:

1.Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan 
2.Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan. 
3.Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya. 
4.Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya. 
5.Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita. 
6.Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya. 
7.Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri. 
8.Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak. 
9.Bersikap penggoda keran awanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum. 

Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.

Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki

Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita.

1.Personaliti seorang wanita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut. 
2.Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menghairahkan. 
3.Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita. 
4.Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka. 
5.Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya. 

Walaubagaimanapun tidak semua lelaki yang mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalam diri seseorang wanita.

 

kecantikkan lelaki & kegagahan wanita

kecantikkan lelaki & kegagahan wanita

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3. Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4. Lelaki yang tenang dan lapang dada

5. Lelaki yang baik sangka

6. Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan
Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan
yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ” Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Wallahualam

PERIBADI TINGGI DAN MULIA NABI MUHAMMAD S.A.W

Assalamu’alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh. .. .
 
Maafkan dan Berkasih Sayanglah
Suatu ketika Rasululah sedang memimpin sholat jamaah. Tidak seperti biasa, kali
ini sujudnya panjang sekali. Para sahabat yang berada di belakangnya mulai
resah, terfikir oleh mereka pasti ada sesuatu yang menimpa pada Rasulullah.
Ketika sholat usia, mereka bertanya tentang perkara tersebut. Nabi menjelaskan
bahawa ketika dia sedang bersujud, tiba-tiba Hasan dan Husain cucunya naik ke
atas punggungnya. Nabi tidak segera berdiri hingga cucunya turun sendiri. Nabi
khuatir bila dia paksakan berdiri cucunya akan terjatuh ke lantai.
 
Di lain waktu Rasulullah sedang berkhutbah. Di tengah-tengah khutbahnya tiba-
tiba cucunya berlari menuju ke mimbar. Rasulullah turun dari mimbarnya dan
menyambut kedatangan cucunya sambil memberi isyarat agar cucunya kembali
tenang. Tidak lama kemudian Rasulullah melanjutkan khutbahnya.
 
Rasulullah adalah manusia yang dipilih Allah dengan sifat yang penuh dengan
kasih sayang. Sifat kasihnya tidak terbatas hanya untuk anggota keluarganya,
tetapi merangkumi seluruh manusia.
 
Suatu ketika ada seorang ibu sedang menggendong anaknya. Tiba-tiba Rasulullah
mendekati dan ingin memangkunya. Maka beralihlah si anak dari pangkuan ibu
kepada pangkuan Rasulullah. Tak disangka-sangka si anak itu kencing hingga
membasahi jubah Rasulullah. Melihat kejadian itu si ibu terus merenggut anaknya
dari tangan Rasulullah. Sambil memarahi, si ibu tidak lupa memukul punggung
anaknya. Rasulullah mencegahnya, tetapi si ibu tetap memaksa. Atas kejadian
tersebut Rasulullah mengingatkan bahawa kotornya jubah boleh dicuci di rumah,
tetapi kemarahan ibu tetap akan membekas dalam hati si anak hingga ia meningkat
dewasa, dapatkan ibu membersihkannya?
 
Begitulah keadaan manusia yang bernama Muhammad. BAGINDA tidak ingin
seorangpun yang terluka hatinya, kecewa, sedih, marah, dan benci kepada
sesamanya. Beliau ingin memberikan yang terbaik kepada orang lain, dengan
sekuat daya dan kemampuannya.
 
Menyayangi keluarga, isteri, anak atau cucu, itu perkara biasa. Binatang buas
sekalipun memberikan kasih sayangnya kepada anggota keluarganya. Harimau
tetap menyusukan anaknya, demikian pula binatang buas lainnya. Untuk itu
Rasulullah SAW bersabda; ” Tidak sempurna iman kalian sehingga kalian saling
berkasih sayang. ”
 
Para sahabat berkata; ” Kami sudah saling kasih sayang. “
 
Nabi bersabda; ” Bahawa sayang yang dimaksud di sini bukan sahaja sayang
sekadar kepada salah seorang temannya, dalam ruang lingkungan terbatas, tetapi
sayang ( yang dimaksud ) adalah sayang yang bersifat menyeluruh. “
HR. At-Thabrani
 
Kerananya ia mengajari manusia untuk bersikap lembut dan kasih sayang semua
yang melata di muka bumi. Beliau bersabda; ” Sayangilah orang-orang yang ada di
bumi, nescaya kamu disayangi oleh orang yang di langit ( yakni para malaikat ). “
HR. At-Thabrani
 
Bukankah hidup kita di dunia ini atas kasih sayang Allah? Tanpa kasihNya tidak
mungkin kita dapat hidup dan menikmati kehidupan seperti saat ini. Udara
disiapkan secara percuma, tanpa pembayaran. Air disediakan melimpah untuk
sesiapa sahaja. Matahari, bulan, bintang, dan bumi yang kita injak ini adalah
berkat Rahmat Allah SWT. Sedikit sahaja Rahmat Allah dicabut, hidup kita akan
sengsara. Saluran nafas kita diberi sumbatan sedikit sahaja sudah kalang kabut
hidup kita. Belum lagi jika  denyut jantung kita dihentikan sejenak, maka matilah
kita.
 
Suatu ketika Aisyah menceritakan kepada Rasulullah SAW sebuah peristiwa yang
baru sahaja dilihatnya. Aisyah melihat seorang ibu dengan dua orang anaknya
yang sedang kelaparan. Dalam keadaan seperti itu seseorang memberikan tiga
potong roti. Dua diberikan kepada anaknya sedangkan yang sepotong disisakan
untuk dirinya. Kerana kelaparan si anak terus melahap dan menghabiskannya.
Tidak tega terhadap keinginan kedua anaknya tersebut, sepotong roti
bahagiannya dibagi dua untuk mereka. Si ibu rela kelaparan demi anak-anaknya.
 
Setelah mendengar cerita tersebut, Rasulullah SAW bersabda; ” Kasih sayang
Allah kepada hambaNya melebihi kasih sayang ibu yang baru anda ceritakan tadi.
Si ibu yang dikisahkan oleh ‘Aisyah itu benar-benar telah menghayati nilai kasih
sayang. Dia telah meresapi nilai kasih sayang Tuhan, yang dimplementasikan
kepada anak-anaknya. Namun demikian, kasih sayang Allah jauh melebihi
demonstrasi kasih sayang ibu tersebut. Atas kasih sayangNya kita hidup, dengan
kasih sayangNya pula kita dapat menikmati kehidupan dunia, dan insyaAllah akan
menikmati pula kehidupan akhirat, suatu kehidupan yang sesungguhnya. Rasulullah
membenci orang-orang yang bersifat kasar, tak berperasaan. Beliau bersabda;
” Bahawasanya sejauh-jauh manusia dengan Allah ialah orang-orang yang keras
hatinya. “
HR. At-Tirmidzi
 
Sebagai Rasul yang membawa ajaran baru, beliau tentu sahaja menghadapi
cabaran dan permusuhan yang amat berat. Caki maki, hinaan, penyiksaan mental
dan fizikal, serta kejaran musuh, serta ancaman pembunuhan selalu menyertai
kehidupannya. Akan tetapi dalam menghadapi mereka, Rasulullah justeru
diperintahkan untuk tetap bersikap lemah lembut. Beliau berpantang untuk
bersikap keras. Allah berfirman;
” Maka dengan sebab rahmat ( yang melimpah-limpah ) dari Allah ( kepadamu
wahai Muhammad ), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka ( sahabat-
sahabat dan pengikutmu ), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati,
tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka ( mengenai
kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu ) dan pohonkanlah ampun bagi mereka
dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan ( peperangan dan hal-hal
keduniaan ) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam ( sesudah bermesyuarat,
untuk membuat sesuatu ) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah
Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. “
QS. Aali Imran : 159
 
Di Thaif, Rasulullah SAW terluka. Zaid bin Haritsah yang mendampinginya pun
terluka ketika berusaha memberikan perlindungan. Penduduk negeri itu
melemparinya dengan batu. Padahal, ajakannya adalah ajakan tauhid. Seruannya
adalah seruan untuk mengesakan Allah. ” Agar Allah diesakan dan tidak
disekutukan dengan apapun.”
 
Namun, Bani Thaif malah memusuhinya. Pegawai negeri itu menghasut khalayak
ramai untuk menyambutnya dengan cercaan dan lontaranan batu. Meskipun
diperlakukan sedemikian kasar, Rasulullah tetap pemaaf. Beliau tetap bersikap
lemah lembut. Tidak sedikitpun kemarahan nampak pada wajahnya. Kecintaannya
kepada umat mengubati derita yang dialaminya. Ketika Malaikat Jibril datang
menawarkan bantuan untuk menghancurkan Bani Thaif dengan batu-batu gunung,
beliau justeru menjawab; ” Ya Allah, berilah kaumku hidayah, sebab mereka belum
tahu. “
 
Bani Thaif ketika itu belum lagi menjadi kaumnya, bahkan mereka ketika itu
adalah musuhnya. Akan tetapi dalam doanya, beliau menyebut mereka sebagai
kaumnya. Itulah bentuk kasih sayang Rasulullah SAW yang besar kepada umat
manusia.
 
Di Bukit Uhud, peribadi pilihan itu kembali terluka. Wajah Rasulullah SAW
terluka, gigi seri beliau patah, serta topi pelindung beliau hancur. Fatimah Az-
Zahra, puteri beliau, bersusah payah untuk menghentikan pendarahan tersebut.
Dua pelindungnya terakhir, Ali RA dan Thalhah RA juga terluka parah.
 
Bukit Uhud menjadi saksi kekalahan pahit itu. Pasukan pemanah yang
diperintahkan menjaga bukit, dijangkiti cinta dunia. Silaunya harta rampasan
menguasai keikhlasan mereka. Akibatnya, pasukan kaum muslimin porak-peranda
dan Rasulullah SAW terluka. Meski kembali disakiti, cinta Beliau tetap bergema,
? Ya Tuhanku! Berilah keampunan kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka
tidak mengetahui.?
 
Sesungguhnya sifat kasih sayang itu ada dalam jiwa manusia. Besar kecilnya
tergantung kepada setiap individu untuk menumbuhkan dan merawatnya. Ada
orang yang berhasil membesarkannya, tetapi ramai gagal sehingga kasih sayangnya
tertutupi oleh rasa benci, sombong, dan cita-citanya Sebagaimana sifat-sifat yang
lain, sifat kasih sayang hendaknya juga dilatih.
 
Pertama, dengan mengasah kepekaan sosial. Tumbuhkan rasa simpati dan kasih
sayang kepada sesama.
Kedua, hulurkan tangan, berikanlah bantuan kepada orang-orang yang lemah dan
memerlukan bantuan.
Ketiga, hiasi penampilan dengan seyuman yang manis, perangai yang halus, dan
perilaku yang menyenangkan.
Keempat, jaga lisan dari kata-kata kasar, kotor, dan menyakitkan perasaan. Lebih
baik diam jika tidak dapat berkata manis dan menyenangkan.
 
Dengan empat langkah di atas, insyaAllah kita tampil menawan, penuh pesona dan
berwibawa.
 
Semoga Bermanfaat.
 
Wallahu’alam Bisshawab.

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH….

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh : Surah Al Baqarah – Ayat 102

Anak2 pandai belajar : Surah Al Anbiyaa’- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran : Surah Al Anbiyaa – Ayat 69 dan Surah Al Hasyr – Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah : Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam : Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air dan spray keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah
Langkah 1:
· Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
· SUBHANA’LLAH
· ALHAMDULI’LLAH
· LAA I LAAHA ILLA’LLAH
· ALLAHU AKBAR
· ASTAGHFIRU’LLAH
· LAA ILAAHA ILLA’LLAH, MUHAMMADUR RASULU’LLAH
· ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ‘ ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI· WA SAHBIHI AJMA’EEN
Langkah 2:
· Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan
Langkah 3:
· Forward email ini kepada rakan2 yang anda kasihi..

Hasil 1:
· Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.
Hasil 2:
· Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

Wassalam

 

 

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah
ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW
‘Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat’. Sesungguhnya apabila matinya
seseorang
anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

 

cite lawak

Baik-baik bila pergi ke KLCC.. bawa kawan jangan sorang-sorang.. Kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC. Pada hari tersebut (hari khamis malam jumaat) beliau ada membuat OT & terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam.

Sendirian… Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian pintu lift terbuka tanpa ada sesiapa didalamnya… Dia masuk dan tekan button “G” untuk ke ground floor. Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas. Ketika sampai ditingkat 59 lift tersebut berhenti… Dan pintu lif terbuka kemudian masuklah seorang perempuan yang kelihatan sungguh cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis.

Dia tak pernah melihat perempuan tu sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri dibelakangnya. Dia tertanya-tanya didalam hatinya… Siapa perempuan itu? Kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah? Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat ke satu tingkat.

Tiba di tingkat 13, lampu lift padam dan lift terhenti seketika. Dia terhidu bau yang teramat busuk, yang mengganggu hidungnya… Bulu romanya tiba-tiba saja meremang… Dia pun
mula membaca ayat-ayat suci yang terlintas di-ingatannya sambil memberanikan diri dan menoleh kebelakang setelah lampu lift menyala.

Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa ………

Dan segera berkata……..
.
.
.
.
.
.
.

“Maafla ya saya terkentut… awak tak marah kan ?”

Staff lelaki tadi pun mengesat peluh sambil mengontrol macho….

lelaki buta

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu juga
berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

“Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor
yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari
situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan,” kata lelaki buta
tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya
kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, “Saya pesan ikan
pais dan sayur masak asam bang…………”

Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu memang
menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari kemudian
lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium,
tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya
ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.

Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu
dan berkata, “Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam
bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan.” Amin mengiyakan dan si lelaki buta
memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang
lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu
bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba
sifat nakal bodoh Amin muncul.

Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak di dapur.
Diberikannya satu sudu dan berkata, “Yati, kamu usapkan sudu ini diketiak kamu”

“Apa-apa lah abang ni ?” tanya Yati tak faham.

“Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita,” kata Amin setengah memaksa.
Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di “ketiak! nya” dan menyerahkan kembali
kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta itupun
menghidu sudu itu, dengan mengernyitkan keningnya, lelaki buta tersebut berkata, “Aku
tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini……. boleh saya jumpa dia”

Amin: HuhHuhHuhHuhHuh?.(bengang)

***Sesungguhnya Cinta itu Butaaaaaa…………………

Org yg mencintai kamu…

 

1.. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu dihati dan dimatanya hanya ada kamu satu-satunya.

2.. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3.. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4.. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5.. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan
“aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6.. Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7.. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa
berulang selalu.

8.. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau
musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9.. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin me min jam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar me min ati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10.. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11.. Jika kamu mengatakan akan pergi kursus atau menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila kursus atau ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12.. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13.. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14.. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15.. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16.. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17.. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18.. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan min ta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19.. Jika kamu me min tanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan per min taan kamu walau sesukar mana per min taan mu.

20.. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu
menjadi benda-benda berharga buatnya.

21.. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22.. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23.. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

*** Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya!

tengok la….tp xsemestinya betoi….

Warna mewakili hari lahir

Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir
seseorang itu. Ha..kali ini selidik personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang
mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiripun boleh kamu kenali dengan mudahkan?
Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili
warna Kuning. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah melihat keperibadian diri
kamu menerusi warna tersebut.

23 Disember hingga 1 Januari  - Merah
02 hingga 11hb Januari           - Oren
12 hingga 24hb Januari  - Kuning
25 Januari hingga 3hb Februari  - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari   - Biru
9 hingga 18hb Februari   - Hijau
19 hingga 28hb Februari   - Perang
1 hingga 10hb Mac    - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac   - Lime
21hb Mac    - Hitam
22 hingga 31hb Mac   - Ungu
1 hingga 10hb April    - Biru
11 hingga 20hb April   - Perak
21 hingga 30hb April   - Putih
2 hingga 14hb Mei    - Biru
15 hingga 24hb Mei   - Emas
25 hingga 3hb Jun    - Krim
4 hingga 13hb Jun    - Kelabu
14 hingga 23hb Jun   - Maroon
24hb Jun     - Kelabu
25 Jun hingga 4hb Julai   - Merah
5 hingga 14hb Julai    - Oren
15 hingga 25hb Julai   - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos   - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos   - Biru
14 hingga 23hb Ogos  - Hijau
24hb Ogos 2hb September   - Perang
3 hingga 12hb September   - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September   - Lime
23hb September    - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober  - Ungu
4 hingga 13 Oktober   - Biru
14 hingga 23hb Oktober   - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November  - Putih
12 hingga 21hb November   - Emas
22hb November hingga 1hb Disember  - Krim
2 hingga 11hb Disember   - Kelabu
12 hingga 21hb Disember   - Maroon
22hb Disember    - Teal Merah

 

Aqua (Biru kehijauan)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara
tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan
kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk
meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.
Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada
orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta…! Oleh itu, percaya boleh,
tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!

Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih
sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah
kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga
cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu
hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap.
Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta.
Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan
benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan
hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala galanya. Bagi kamu,
jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang
berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga
berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu
tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya.
Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan
si dia. Mana taknya, ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun
ada melakukan kesilapan!

Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya.
Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak
suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu
sukar berjumpa dengan orang benar benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya
pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh
cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan
orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu
namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata
kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh
kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa
dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa
saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan
pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup
kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain.
Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan
perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan
aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu
pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang
tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya.
Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai
menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh
orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai
dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung
bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan
yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni
jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal hal yang romantik bersama
si dia. Alahai!

Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi
dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka
mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut
akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu
seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan
setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan
hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang
yang benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk
melafazkan sayang!

Lime
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak
tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh
dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin!
Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai
menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu
yek? Perak ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah
kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun
kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu
yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa,
kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari
segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga
keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan
tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu
hari nanti.

Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak
dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan
sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan
atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan,
kamu cukup sabar dan tidak terburu buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga
terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Merah
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel
dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa
ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu badan’! Teman/kekasih yang
diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya
rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga
yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang
orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan
sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu
mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Olive (Warna buah Zaiton)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka
menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak
menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’
di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria.
Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta,
kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap
perbuatan yang kamu lakukan. Bagulah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah
tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini
membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup
yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya.
Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk
mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan
percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu
amat penting!

Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut
berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu
sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu yang
suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu
suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi
perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan
hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu
stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang
dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa
menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk
didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam
soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak
berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak?
Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?

Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk
mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap
kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau
bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak
bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek
kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi
kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Teal (warna kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu
menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering
melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka
sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan,
kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga
suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun,
sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati
diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak
pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara
yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan
kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang
paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan,
kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil
kewangan mereka.

 

« Older entries